Rabu, 25 Desember 2013

SPAD tubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas Genting

OLEH DIYANA IBRAHIM September 26, 2013
Nahas bas dalam kemalangan yang meragut 37 nyawa. The Malaysian Insider pic, September 26, 2013.Nahas bas dalam kemalangan yang meragut 37 nyawa. The Malaysian Insider pic, September 26, 2013. 

   

  SebuahJawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas-Genting ditubuhkan sebagai tindakan susulan untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Genting Highland, Pahang pada 21 Ogos lalu.
Dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) jawatankuasa tersebut turut dianggotai  Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Kerja Raya (KKR),

"Jawatankuasa yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Kamal, akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain bertujuan menilai bukti-bukti dan laporan-laporan kemalangan serta membuat cadangan kepada kerajaan bagi mencegah kejadian sedemikian berulang," kata SPAD dalam kenyataannya hari ini.

 Selain itu, SPAD juga akan memberi tumpuan  lebih khusus kepada audit keselamatan ke atas  pengendali bas henti-henti dan ekspres.
Ogos lalu nahas bas meragut 37 nyawa apabila terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands.
Manakala seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Bas tersebut dipercayai membawa 53 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur
Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung.
 
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di pusat peranginan itu. - 26 September, 2013. TMI

0 komentar:

Posting Komentar