Senin, 30 Desember 2013

Anzalna Impi Hantar Ibu Bapa Ke Mekah


Anzalna Impi Hantar Ibu Bapa Ke Mekah

KUALA LUMPUR – Pelakon, Anzalna Nasir yang sebelum ini pernah tercalit dengan beberapa kontroversi kini memasang impian untuk menghantar kedua orang tuanya ke Kota Suci, Mekah pada tahun 2013 ini.
Menurutnya, dia berharap agar lembaran tahun baru ini lebih bermakna tanpa kontroversi seperti tahun-tahun lalu.
Malah, tegas Anzalna yang memiliki darah kacukan Cina Punjabi ini, peristiwa pahit manis di tahun lalu akan dijadikan sebagai pengajaran dan lipatan kenangan.
“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diterima. Untuk tahun ini, saya ingin mencapai beberapa perkara yang saya idamkan.
“Selain memperbanyakkan kerja amal, saya berimpian untuk menghantar ibu bapa menunaikan haji di Kota Suci.
“Ia adalah tanda penghargaan kepada ibu bapa saya yang banyak menyokong saya setiap masa. Jika ada rezeki lebih, saya ingin kumpul harta misalnya memiliki rumah,” katanya yang fasih berbahasa Perancis.
Tambahnya, dia tidak mahu dikenali sebagai artis yang bermasalah dan meraih cerita yang boleh menimbulkan ‘cakap-cakap belakang’.
“Sejak awal lagi, saya berjanji dengan diri sendiri yang saya tidak akan sesekali terlibat dalam perkara yang tidak mendatangkan kebaikan.
“Biarlah ia menjadi pengajaran buat saya dan apa yang pasti, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya,” tegas Anzalna.
sumber

0 komentar:

Posting Komentar