Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Wanita Ini Minta Dimatikan Tetapi Mahkamah Tidak Benarkan


Wanita Ini Batal Meninggal Sesuai Harapannya
Warta Kota/Guardian.co.id
Marie Fleming

TRIBUNNEWS.COM,IRELAND --Marie Fleming akhirnya gagal meninggal dunia sesuai keinginannya.

Dia tak mendapatkan persetujuan pihak Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland , yang menolak permohonannya menjalani euthanasia (pilihan untuk mengakhiri hidup lantaran seseorang dalam kondisi sangat sakit demi membebaskannya dari penderitaan).

Wanita berusia 59 tahun ini, seperti ditulis Kompas.com mengutip AP dan AFP pada Khamis (10/1), mengajukan permohonan itu sebulan lalu.

Fleming yang juga mantan dosen ini mengidap penyakit multiple sclerosis alias penyakit sistem saraf yang memengaruhi otak dan sumsum tulang belakang. Dia kini mengalami lumpuh total. Ibu dua anak itu juga merasakan sakit tak tertahankan lantaran penyakit yang dihidapnya itu.


Atas penyakit yang diidapnya kini, ibu dua anak perempuan dewasa itu memohon euthanasia tersebut. "Saya sudah merencanakan dengan detail, termasuk proses pemakaman saya," tulisnya dalam permohonan itu.

Namun majlis hakim, sebagaimana pernyataan hakim Nicholas Kearns, berpandangan lain. "Meski memiliki hak untuk mengajukan euthanasia, adalah tidak mungkin menyatakan yang bersangkutan adalah beban bagi keluarga dan masyarakat kerana penyakitnya itu," ujar Kearns.

Alhasil, Marie Fleming gagal menuntaskan keinginannya untuk mengembuskan nafas terakhirnya lebih cepat.
Pada bahagian lain, Ireland , yang masyarakatnya majoriti beragama Katolik Roman, memang merupakan negara yang menolak euthanasia ,sebagaimana yang menjadi ketetapan pimpinan tertinggi Gereja Katolik Roman di Vatikan.

Di Eropah, cuma ada empat negara yang melegalkan euthanasia, yakni Belgium, Luksemburg, Belanda, dan Swiss. Sementara di AS, hanya dua negara bagian yang mengizinkan euthanasia, yakni Oregon dan Washington.

Editor: Rachmat Hidayat  |  Sumber: Kompas.com

Rabu, 18 Desember 2013

Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok

Harakahdaily, 14 Ogs 2012

(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.