Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan

Selasa, 17 Desember 2013

Felda Derma RM140 000 Kepada Mangsa Taufan


KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menyampaikan sumbangan berjumlah RM140,000 kepada mangsa taufan Haiyan yang melanda Filipina pada 8 November lalu.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan pelbagai barangan makanan serta alatan itu disalurkan melalui Tabung Bencana Taufan Haiyan Media Prima-NSTP dan diserahkan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kepada Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Media Prima Datuk Ahmad A. Talib, dalam majlis ringkas di Menara Felda di sini, hari ini.

Mohd Isa dalam ucapannya berkata sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan warga Felda terhadap mangsa taufan tersebut.

Sumbangan ini diharap dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa dan juga kerajaan Filipina, katanya.

Sementara itu Ahmad dalam sidang media kemudian, menyeru badan-badan korporat mencontohi Felda yang aktif memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Sehingga semalam Tabung Bencana Taufan Haiyan Media Prima-NSTP berjaya mengumpul kira-kira RM80,000, ini menunjukkan rakyat Malaysia merupakan rakyat yang prihatin dan suka membantu,” katanya. – BERNAMA

Senin, 16 Desember 2013

Kerajaan diarah bayar pemandu lori RM350 000

Mahkamah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi lebih RM350,000 kepada seorang pemandu lori yang cedera semasa disoal siasat lima tahun lepas.

Hakim Datuk John Louis Ohara membuat keputusan untuk membenarkan saman B.Prabakar selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap kerajaan dan lapan anggota polis.

Dalam penghakimannya, Ohara berkata tujuh daripada anggota polis berkenaan bertanggungjawab terhadap penderitaan dan kesakitan yang dialami plaintif.

Beliau berkata ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, pula bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan penjawat awam berkenaan manakala kerajaan memikul liabiliti gantian.

"Saya mendapati berdasarkan keterangan, ketujuh-tujuh defendan bertanggungjawab terhadap kesakitan yang ditanggung plaintif semasa soal siasat yang akan berterusan jika mangsa tidak mengaku atau meninggal dunia," katanya.   

Ohara memerintahkan agar Prabakar, 32, dibayar ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM150,000 dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk serta RM50,000 sebagai ganti rugi am.

Beliau turut memerintahkan defendan membayar RM50,000 sebagai kos, RM1,500 bagi kehilangan pendapatan, RM150 untuk bil perubatan dan RM75 bagi gambar kecederaan plaintif.

Pada 21 Sept 2011, Prabakar memfailkan saman terhadap tiga anggota polis berpangkat Sarjan (Mohd Shafiee Abdul Halim, Mohd Diah Sulaiman dan Zulkiplly Taib), dua Koperal (Abdullah Musa dan Zamrin Zaid), dua Lans Koperal (Matila@Saudi Ismail dan Nizam Abd Wahab),  Wan Abdul Bari serta kerajaan mendakwa dipukul dan disimbah air panas oleh tujuh anggota polis selepas beliau ditahan.

Dalam penyataan tuntutan, beliau mendakwa ditahan polis di sebuah parkir kereta di Sri Hartamas pada 9.30 malam 23 Dis 2008 sebelum disoal siasat tujuh anggota polis di Balai Polis Daerah Brickfields dari 10 malam hari sama sehingga pagi berikutnya.

Pada 4 Okt 2011, Mohd Shafiee dan Mohd Diah masing-masing dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua tahanan manakala lima lagi dibebaskan daripada pertuduhan. - Bernama