Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014

Blogger Seks ‘Alvivi’ Muatnaik Video Terbaru


Pasangan blogger seks, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, nampaknya tak serik-serik menagih publisiti.

18 Julai lepas, pasangan ini telah didakwa bersama-sama kerana memuatnaik satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ berupa kandungan gambar dan komen bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!” mengandungi logo Halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.

Susulan itu, mereka menerima hukuman dan larangan tidak dibenarkan memuatnaik atau melakukan sebarang posting, malah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang perisian media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.

Bagaimanapun, pasangan ini nampaknya benar-benar keras kepala dan seolah-olah mencabar larangan berkenaan.

Buktinya, mereka telah memuatnaik sebuah filem pendek berdurasi 2 minit berjudul ‘Regret’ di laman Youtube dan Twitter. Sejak dimuatnaik Rabu lalu, Regret telah menerima lebih 5,000 tontonan di laman Youtube.

Diarahkan oleh Alvin, filem ini memaparkan Vivian sebagai subjek utama melakukan monolog berkaitan kekesalan hidupnya yang keliru untuk memilih jalan terbaik.

Sebagai penyelesaian, Vivian akhirnya mengelar pergelangan lengan di akhir video.

Ternyata, ramai penonton tidak terkesan dengan tinjauan seni terbaru pasangan ini malah mengkritik tindakan mereka. Antara komen yang dilontarkan termasuk:

“Apa tujuan filem pendek ini ditinjauankan? Ia sepatutnya memberi pengajaran bukan mendorong orang menyerah kalah!” ,

“Halangan apa? Anda yang buat hal lepas itu merungut susah pada orang”,

“Tak salah nak gapai cita-cita tapi kenalah realistik dan tak terlalu kontoversi. Jangan lupa juga untuk hormat orang lain jadi orang lain pun akan hormatkan anda..”,

dan;

“Cuba nak masuk dunia hiburan? Jauh lagi.. tak semua orang mampu jadi terkenal.”




Tidak kiralah apa pun yang cuba disampaikankan oleh pasangan ini, persoalan pokoknya adalah mereka patut akur pada larangan yang dikenakan.

Sekarang soalnya bukan lagi kandungan bahan yang mereka muatnaik di laman sosial kerana walaupun ia tidak lucah dan mencabar ketenteraman seperti sebelum ini sekalipun, nasi sudah menjadi bubur.

Jadi mereka seharusnya tunggu saja keputusan mahkamah kelak. – REM RAMZI



Sabtu, 01 Februari 2014

Rabu, 01 Januari 2014

video unik 4 ekor ular dimasukkan ke dalam hidung dan mulut

Lelaki Ini Memasukkan 4 Ular ke Hidung dan Mulutnya


  Liu Fei, Si lelaki   yang berani dari Jiangxi China ini tampak santai dalam mempertunjukkan aksi ekstrimnya ketika memasukkan  empat ekor ular kedalam lubang hidung dan mulutnya. Lelaki separuh abad ini memasukkan ular berukuran 50 cm dan memerlukan waktu 5 detik untuk memasukkan ular yang kedua sampai keempat. Penasaran seperti apakah aksi nekatnya, Lihat Videonya di bawah ini : 
 .anehdankonyol. / Youtube

Selasa, 17 Desember 2013

VIDEO Nyanyian Shila Amzah Yang Membuatkan Penonton Juri Di China Terpukau!



http://i.imgur.com/ZPHCC.jpg
WAH..Wah… Nampaknya semakin murah rezeki penyanyi yang cantik bertudung- Shila Amzah tau!
Haa… Mangga Online (MO) dan rakyat Malaysia berbangga bila Shila berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang akan berlangsung pada 20 September ini.
Shila bersama ibunya akan ke Shanghai pada 17 hingga 26 September ni. Sikap Shila yang tak gentar menyahut cabaran ni boleh dijadikan contoh kepada penyanyi remaja yang lain tau!
 Cerita Shila:
“Alhamdulillah… Mula-mula rasa macam tak percaya dipilih ke final sebab semua peserta hebat-hebat. Maklumlah… Mereka terdiri daripada penyanyi-penyanyi berbakat dan popular dari negara masing-masing di seluruh Asia ni.
“Shila akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (nyanyian Jaclyn Victor) , Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu bahasa Cina. Shila dan praktis sebaik mungkin. Cuma Shila perlu jaga kesihatan agar dapat beraksi dengan baik di pentas final nanti.
“Semua orang nak menang. Namun berjaya ke peringkat akhir sudah buat Shila happy kerana ini adalah pengalaman baru.
“Kalau dulu (tahun 2008), Shila pernah bertanding di Shanghai yang menghimpunkan penyanyi baru, sekarang Shila bersaing dengan penyanyi hebat. Nervous juga! Doakan yang terbaik buat Shila ye!
“Syukur… Pihak media luar dah mula nampak bakat Shila. Apa yang Shila tak sangka, ramai peminat muzik di sana teruja bila Shila nyanyi lagu bahasa Cina semasa separuh akhir dulu.
“Shila harap selepas ini, Shila lebih berpeluang mempromosikan diri di luar negara. Insya Allah…jika semuanya berjalan lancar, Shila nak hasilkan lagu dalam bahasa China dan masuk pasaran di sini.”
MO doakan Shila berjaya bawa kemenangan untuk negara yer… Shila memang berbakat besar dan berpesonaliti menarik. MO yakin Shila boleh pergi jauh! (Mangga Online)