Malaysiakini
Masalah penginapan asrama pelajar Universiti Selangor (Unisel) akan berakhir apabila syarikat yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman bersetuju untuk membuka semula operasi mereka di kampus Bestari Jaya.
Pemangku Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (Jana Niaga) bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa seperti biasa bermula 23 Ogos.
"Atas keengganan Jana Niaga untuk membuka pejabat Residen Komuniti Siswa dan menyerah kunci pada mahasiswa, Unisel melalui peguamcara telah failkan satu tindakan Saman Pemula pada 16 Ogos di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Atas permohonan Unisel, pendengaran telah diadakan pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Jana Niaga melalui peguamnya telah bersetuju untuk membuka dan melaksanakan operasi," katanya pada sidang media di Unisel hari ini.
Unisel sebelum ini didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Jana Niaga.
Timbalan pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata tunggakan bayaran itu melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk di Bestari Jaya dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor itu.
Selain itu, menurut Anuar lagi, kira-kira 6,000 mahasiswa baru yang mendaftar, seramai 1,600 yang tidak dapat penginapan asrama di kampus induk itu.
Sehubungan itu, bagi tindakan selanjutnya, Anuar berkata, pihak Unisel dan Jana Niaga akan memulakan perbincangan bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
"Kita akan bincang lagi selepas raya. Pada 23 Ogos, semua pelajar boleh mula mendaftar dan mula sesi akademik mereka yang sudah tertangguh dua minggu," katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Unisel, Edmund Bon berkata, ada sebab tertentu mengapa Unisel tidak membuat bayaran kepada Jana Niaga.
"Ada sebab kenapa Jana Niaga tidak dibayar. Mereka kata patut dibayar. Tetapi kita ada alasan sama ada Jana Niaga ikut kontrak atau tidak.
"Masalah ini sudah lama sebenarnya. Lepas 23 Ogos kita akan bincang lebih lanjut lagi," katanya.

0 komentar:
Posting Komentar