Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Desa Ini Punya Matahari Sendiri



Di Itali ada sebuah desa yang menarik pelancung kerana keunikannya. Bayangkan saja, desa yang ada di dalam lembah ini memiliki matahari sendiri. Bukan main

Viganella adalah sebuah desa yang terdapat di dasar lembah yang ada di Piedmont, Provinsi Verbano-Cusio-Ossola, Italia. Hampir sepanjang tahun, desa ini tidak pernah disinari oleh matahari seperti wilayah lainnya di dunia. Pada saat musim dingin datang, masyarakat Viganella boleh  merasakan dingin yang luar biasa.

Sinar dari matahari buatan

Idea cemerlang muncul dari ketua Giacomo Bonzani, arkitek yang mencuba membuatkan matahari untuk Viganella. Awalnya, banyak kalangan yang membantah idea sang arkitek kerana dinilai mustahil. Namun, Giacomo telah memuktikannya dengan mewujudkan semua yang ada di kepalanya tersebut.

"Tapi saya yakin. Saya percaya pada ilmu fisika," ungka Bonzani yang dikutip oleh detikTravel dari Oddity Central, Senin (16/7/2012).


Ini dia kaca raksasa yang memantulkan sinar

Bonzani membuat cermin raksasa yang bisa memantulkan cahaya matahari ke arah desa yang ada di dasar lembah. Cermin raksasa ini kemudian dijuluki oleh masyarakat Viganella sebagai matahari buatan.

Cermin tersebut dikendalikan oleh perangkat lunak komputer agar bisa melacak di mana sumber matahari dan bisa memantulkannya secara otomatis ke arah desa. Tidak hanya masyarakat Viganella saja yang bisa merasakan dampak dari sinar matahari tersebut, tapi juga para wisatawan yang penasaran atas ide kreatif ini.

Ilustrasi keberadaan desa dan proses pemantulan sinar

Selain berfungsi menyinari desa, ternyata matahari buatan juga sudah menjadi destinasi wisata. Pengunjung yang datang tidak hanya dari Italia saja, tapi juga dari mancanegara. Lembah ini memiliki pemandangan yang sangat cantik lengkap dengan hawanya yang sejuk. Masyarakat Viganella juga sangat ramah dengan para pengunjung yang datang.

Sumber

Terpengaruh dengan ajaran Syiah Hampir bernikah dengan Bapak Saudara sendiri





Kuala Terengganu: Angkara terpengaruh dengan ajaran Syiah, seorang guru wanita hampir melakukan ‘kerja gila’ mengahwini bapa saudaranya sendiri, minggu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, perkara itu berjaya dihalang apabila adik guru itu memaklumkan kepada ibu bapa mereka. “Ibu bapa guru itu gagal menghubunginya selama seminggu dan selepas mendapat maklumat berkenaan, ibu bapa gadis itu menyiasat melalui Facebook sebelum mendapati lelaki yang ingin dikahwini anak mereka itu adalah pengikut ajaran Syiah,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu kali ‘Mendepani Virus Syiah’ di sini, semalam.
Beliau berkata, guru itu yang berasal dari negeri ini dan bekerja di Kuala Lumpur, kini dipantau ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan anak mereka yang cuba dipengaruhi dengan fahaman Syiah oleh bapa saudara sebelah ibunya.
“Kami bersyukur kerana sempat menghalang wanita terbabit daripada berkahwin dengan bapa saudara sendiri. Peranan ibu bapa memang penting dalam memastikan anak tidak terjebak dengan fahaman Syiah itu.
“Kami harap ibu bapa yang melihat perubahan anak yang drastik ke arah agama, tetapi menyimpang dari amalan kebiasaan orang Islam supaya terus melaporkan kepada MAIDAM kerana dibimbangi terpengaruh dengan ajaran Syiah, pihak kami akan membantu bagi menyelamatkan akidah orang Islam yang terjebak dengan fahaman itu,” katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negeri ini supaya berwaspada dengan taktik segelintir pelajar dari negara luar termasuk Pakistan dan Iran yang berkemungkinan ingin menyebarkan fahaman Syiah di negeri ini.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
“Pelajar di negeri ini perlu mendalami ajaran Islam dengan sebaik mungkin bagi memastikan mereka tidak mudah terjebak dengan fahaman berkenaan,” katanya.
Sumber myMetro