Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

24 Polis Mesir Maut Dalam Serangan Rafah


RAFAH – Sekurang-kurangnya 24 anggota polis Mesir dibunuh dalam satu serangan hendap di Semenanjung Sinai di sini.

Menurut pihak keselamatan Mesir, sewaktu kejadian dua buah bas yang dinaiki anggota polis telah diserang oleh sepasukan lelaki bersenjata berdekatan bandar Rafah di sempada Gaza.

Menurut sumber-sumber keselamatan, kejadian hari ini berlaku apabila empat lelaki bersenjata telah memberhentikan bas yang membawa anggota polis dan memaksa penumpang untuk keluar sebelum menembak mereka.

Malah, dilaporkan juga beberapa orang anggota polis turut tercedera dalam serangan hendap itu.

Pihak tentera baru-baru ini telah mempergiatkan usaha bagi menghapuskan pasukan militan di Sinai apabila kejadian serangan terhadap pasukan keselamatan semakin meningkat semenjak kejatuhan Hosni Mubarak pada 2011.

Sinai kini bergerak dibawah Perjanjian Damai 1979 antara Israel dan Mesir.

M

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: BBC News

Jumat, 27 Desember 2013

Mangsa jambatan Kedua runtuh Bekas Polis dikebumikan malam ini ALFATIHAH

Tajuddin Zainal Abidin,45

MANGSA JAMBATAN KEDUA RUNTUH (BEKAS POLIS) DIKEBUMIKAN MALAM INI ALFATIHAH

Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung, di sini, berjaya dikeluarkan pada pukul 8.45 malam Jumaat.

Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.

Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu.

"Pada sebelah petang tadi, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya," katanya pada sidang media di sini.

Abdul Rahim berkata bagaimanapun pengecaman bagi mengenal pasti identiti mangsa akan dibuat di bilik mayat HPP dan bedah siasat dijalankan pada pukul 10.30 malam ini.

Katanya operasi mencari dan menyelamat diteruskan berikutan beberapa maklumat yang di perolehi memaklumkan ada mangsa lain terlibat dalam kejadian runtuhan berkenaan.

"Kita tidak pasti sama ada maklumat (ada beberapa mangsa lain terlibat)yang dapat itu tepat atau tidak tetapi operasi akan diteruskan.

Setakat ini hanya satu laporan polis yang kita terima kehilangan anggota keluarga iaitu dari keluarga mangsa (Tajuddin)," katanya ~mStar

"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini sebentar tadi.Jenazah mangsa yang maut dalam tragedi runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang ke Lebuh Raya Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung akan dikebumikan malam ini juga.
Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajuddin Zainal Abidin,45,akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik proses bedah siasat selesai dilakukan.

Kosmo

Minggu, 22 Desember 2013

Editor wartawan Suara Keadilan dipanggil polis

KUALA LUMPUR 10 Mac: Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit dan wartawan Aisha Geoffrey memberi keterangan hari ini di Ibu Pejabat Daerah Polis Petaling Jaya berikutan laporan Polis terhadap Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Aisha terlebih dahulu dipanggil memberi keterangan kira-kira jam 2.50 petamg. Kedua mereka diiringi peguam Lawyers For Liberty (LFL), Eric Paulsen.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/