Tampilkan postingan dengan label perut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label perut. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Lelaki Miliki Jantung Di Perut Jalani Pembedahan


China – Seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang selama hayatnya terpaksa hidup dengan jantungnya terletak di bahagian perut, akan menjalani pembedahan bagi membetulkan semula keadaan berkenaan.

Keadaan yang dialami oleh Huang Rongming yang berasal dari Henan itu menyebabkan jantungnya kelihatan terbonjol.

Ia juga menyebabkan Huang mengalami masalah untuk bernafas setiap kali dia berjalan.

Penyakit tersebut hanya berlaku kepada lima bayi daripada sejuta kelahiran dan kebanyakan pesakit akan meninggal dunia sebaik dilahirkan.


Huang sebelum ini tidak mampu untuk menanggung pembedahan berjumlah 200,000 yuan bagi membetulkan semula kedudukan jantungnya.

Namun selepas berita mengenainya tersiar dalam media massa, dalam masa enam hari sahaja, dia berjaya mendapat sumbangan daripada orang ramai dan berpeluang menjalani pembedahan itu.

“Ia merupakan mimpi jadi kenyataan. Saya akan menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain,’’ katanya.

Ketika Huang dilahirkan, doktor tidak menyangka dia dapat hidup lama memandangkan jantung tersebut amat berisiko untuk mengalami kecederaan.

Hanya dengan ketukan ringan sahaja di perutnya, boleh menyebabkan Huang meninggal dunia.

Sabtu, 28 Desember 2013

Mengapa Perut Berbunyi Ketika Lapar

Pada ketika kita berasa lapar, kadang-kadang perut kita berbunyi mengeluarkan suara tanpa kita sedari dan sengaja. Rasanya ramai yang pernah menghadapi situasi seperti ini bukan? Tetapi suatu fakta yang harus anda tahu adalah rasa lapar sebenarnya tidak ada hubungannya dengan perut kosong. Rasa lapar itu mulai datang ketika bahan-bahan yang bergizi hilang di dalam darah. Bila itu terjadi, pembuluh-pembuluh darah akan menghantar mesej ke bahagian otak yang dinamakan pusat rasa lapar. Pusat rasa lapar bekerja sebagai sebuah brake (atau alat penahan). Namun brake ini bukanlah brake di kereta, melainkan brake di perut. Selama mana darah mendapat makanan yang cukup maka pusat rasa lapar akan memperlambat gerak perut. Namun sekiranya gizi makanan tadi hilang dari darah, pusat rasa lapar akan membuat perut menjadi lebih aktif. Ketika lapar, perut kita dalam keadaan kosong dan ketika diisi makanan perut kita akan lebih padat dan tidak ada ruangan kosong lagi. Setelah 6 jam kemudian, hampir semua makanan yang masuk tadi sudah tercerna. Perut dan usus adalah alat pencernaan yang bergerak tanpa henti. Apabila semua makanan sudah dicerna, maka di dalam organ ini jelas tidak ada makanan dan hanya tersisa udara. Perut dan usus yang terus bergerak, membuat udara yang ada akan berpusar-pusar kesana dan kemari. Dan membuat bunyi di dalam perut ketika anda sedang lapar mahupun ketika anda tidak lapar. sumber: www.blogapaaja.com