Rabu, 12 Maret 2014

Red Warriors dabik dada

Kota Bharu: Pengendali Kelantan Bojan Hodak memulakan perang psikologi dengan melabel The Red Warriors (TRW) mempunyai kelebihan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia apabila turun bertemu Pahang di perlawanan akhir, Ahad ini.

Menurut pengendali kelahiran Croatia berusia 42 tahun itu, pengalaman luas kebanyakkan pemainnya yang sudah kerap bersaing pada pentas final bakal memberikan kelebihan berbanding lawan yang sudah sekian lama kemarau kejuaraan kancah saingan domestik. 
Kelantan yang sudah menjulang Piala FA musim ini dianggap gergasi bola sepak tempatan sejak kebangkitan dipamerkan mereka bermula dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 2010 disusuli juara Liga Super 2011 serta tiga piala musim lalu iaitu Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. 

Manakala Pahang kali terakhir merasai nikmat kejuaraan dengan menjulang Piala FA pada 2006.

PEMAIN Kelantan, Dickson Nwakaeme (kanan) di kawal ketat pertahanan ATM, Fitri Omar pada perlawanan minggu lalu.

Manakala pentas final Piala Malaysia kali terakhir dijejaki Tok Gajah adalah pada 1997.

0 komentar:

Posting Komentar